Kacang soya semakin popular dikalangan pengamal makanan sihat samada dari barat atau timur. Antara kelebihan kacang soya adalah:
- Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.
- Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur.
· Ia kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron and phosphorous.
- Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.
- Ia boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
- Protein soya boleh mengurangkan resiko penyakit kanser dan jantung.
- Ia mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
- Ia sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
- Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.
Kesimpulannya, kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai bagi semua lapisan umur.