BERAPA LAMAKAH MAKANAN AKAN DIHADAM?

Ia bergantung kepada apa yang kita makan. Jika kita makan banyak buah dan sayuran, makanan akan bergerak lebih cepat. Ini adalah kerana ia mengandungi selulosa ( bahan serat ) yang tidak dapat dihadam oleh usus. Makanan yang mengandungi lemak dan protein yang tinggi juga mengambil masa untuk dihadam. Kanak-kanak mengambil masa yang lebih singkat untuk menghadam makanan kerana salur penghadamannya lebih pendek. Kebiasaannya makanan akan selesai dihadam selepas 24 jam.