PUJUK ANAK BUAT KERJA SEKOLAH

Anak mutiara berharga bagi ibubapa,
menatang anak umpama minyak penuh,
seekor nyamuk mengigit anak, seribu nyamuk dibinasa,
itulah kasih sayang ibubapa terhadap anak-anak.

Tapi,
-Bila nak buat kerja sekolah ni? Cepat buat, nanti mama bising!

-Duduk dalam bilik! Belajar! Jangan keluar kalau tak siap!

Kenapa perkara seperti di atas berlaku kepada ibubapa masa kini? Leteran ini umpama "lagu merdu" bagi anak-anak, bukan lagi "arahan". Kenapa? Sebab dah lali.

Macam mana nak pujuk anak-anak buat kerja sekolah?
Ada caranya iaitu:

a. Wujudkan ruang sesuai/stesen kerja sekolah atau belajar.
-jauh daripada TV / tempat permainan video.
-lengkapkan dengan meja, kerusi, komputer bergantung pada umur anak.
-alat tulis yang lengkap.

b. Buat jadual.
-buat jadual dan tetapkan waktu yang sesuai setiap hari.
-anak-anak berpeluang tentukan waktu yang sesuai untuk ulangkaji.
-jika tiada kerja rumah, gantikan slot itudengan waktu belajar atau ulangkaji.
-ingatkan mereka 10 minit sebelum waktu yang ditetapkan supaya mereka peka.

c. Bantu urus perancangan kerja sekolah.
-bantu anak buat perancangan urus tugasan sekolah.
-sedia perancangan harian / kalendar.
-galakkan anak buat nota tarikh hantar terakhir / ujian dalam kalendar.
-selalu ingatkan mereka tentang pentingnya perancangan dalam segala hal
termasuklah kerja sekolah.

d. Jadikan diri sebagai contoh.
-minimumkan gangguan semasa anak-anak sedang belajar seperti tutup radio dan televisyen.
-ibubapa harus duduk bersama anak-anak semasa waktu belajar. Ibubapa boleh membaca
suratkhabar, novel atau apa-apa yang berkaitan dengan bahan bacaan.
-tunjukkan kepada anak-anak bahawa kita juga membuat "tugasan" di luar waktu bekerja
anda.