SEKOLAH BESTARI

Apakah perbezaan antara sekolah yang sedia ada dengan Sekolah Bestari?
Apakah Sekolah Bestari?
Mengapakah kita memerlukan Sekolah Bestari?
Siapakah yang mula-mula mengkonsepsikan Sekolah Bestari?


Apakah perbezaan antara sekolah yang sedia ada Sekolah Bestari?

Apabila dilaksanakan sepenuhnya, ciri-ciri berikut akan dilihat pada sekolah yang telah menjadi sekolah bestari:
-Semua murid berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing- masing.
-Guru akan mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan mengambil kira keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman murid.
-Persekitaran sekolah adalah kondusif untuk aktiviti pembelajaran, menggalakkan murid mengamalkan gaya pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dan berkadar kendiri dengan guru sebagai fasilitator untuk menggalakkan minat belajar secara berterusan.
-Pentaksiran murid dijalankan secara berterusan dan digunakan untuk menggalakkan pembelajaran.
-Pengetua atau Guru Besar sekolah akan bertindak sebagai pemimpin pendidikan dan disokong oleh sekumpulan tenaga pengajar yang profesional dan berkaliber.
-Tahap penglibatan dan sokongan ibu bapa dan komuniti adalah tinggi. Contohnya, ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program pembelajaran anak-anak mereka. Mereka juga akan membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar.

Apakah Sekolah Bestari?

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat.Komponen utama Sekolah Bestari adalah seperti berikut:
-Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
-Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
-Polisi
-Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap
-Teknologi
-Proses
Komponen-komponen ini akan dinilai dan diubah untuk memastikan tahap kecekapan dan keberkesanan yang lebih tinggi.

Mengapakah kita memerlukan Sekolah Bestari?

Sekolah Bestari akan membantu negara melonjak ke Zaman Maklumat dengan membekalkan pendidikan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masa hadapan negara.

Siapakah yang mula-mula mengkonsepsikan Sekolah Bestari?

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula membangunkan konsep Sekolah Bestari pada tahun 1996, di bawah kepimpinan Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu.